Pakar ginekologi mungkin telah mengujikaji tahap pH faraj anda beberapa kali. Anda boleh memastikan tahap asid atau tahap alkali pada faraj anda sendiri.
Anda mungkin ingin mengujikaji pH faraj apabila anda mengalami simptom faraj yang luar biasa (seperti gatal-gatal, rasa melecet, bau faraj yang busuk, dan keputihan yang luar biasa) untuk membantu anda membuat keputusan untuk menjalani rawatan kesihatan.
Walaubagaimanapun, anda patut faham bahawa ujian ini tidak akan membantu mengdiagnosis HIV, chlamydia, herpes, gonorrhea, siflis, atau streptococcus kumpulan B.
Lazimnya, apabila wanita mengalami simptom faraj luar biasa, perkara pertama yang terfikir adalah jangkitan kulat di faraj. Jika anda mengalami simptom simptom faraj yang anda rasa sebagai jangkitan kulat faraj, ujikaji ini boleh membantu anda untuk mengesan jenis jangkitan faraj yang lain sebelum anda menggunakan rawatan OTC untuk jangkitan kulat faraj.
Bagaimana ingin menggunakan kit ujian pH faraj di rumah ?
Ujian pH faraj di rumah mengandungi sekeping kertas ujian pH dan carta warna untuk mengesahkan keputusan tahap pH faraj anda. Untuk melakukan ujian ini, pegang kertas ujian pH bertentangan dengan dinding faraj untuk beberapa saat. Seterusnya, bandingkan warna kertas ujian pH dengan carta warna yang diberikan. Apabila warna yang terhasil daripada kertas ujian pH tidak menyamai warna dalam carta, anda harus memilih warna yang paling hampir menyerupainya. Apakah keputusan pemeriksaan pH faraj di rumah membawa maksud?
pH faraj yang normal adalah dalam lingkungan 3.8 hingga 4.5, di mana ianya agak sedikit berasid. Kit ujian pH faraj di rumah mengukur pH pada skala 1 hingga 14. pH faraj yang tidak normal adalah sama ada lebih atau kurang daripada pH vagina yang normal. Jika pH faraj anda adalah tinggi ini membawa maksud faraj anda kurang asid, manakala jika tahap pH anda rendah daripada normal bermaksud faraj anda terlalu berasid. pH yang yang tidak normal lazimnya menandakan bahawa faraj anda dijangkiti dengan wabak. Walaubagaimanapun, anda harus tahu bahawa tidak semua jangkitan faraj menyebabkan perubahan pada tahap pH faraj anda. Ini membawa maksud bahawa jika anda mempunyai pH yang normal barangkali anda juga sedang mengalami wabak penyakit kelamin.
Jika pH faraj anda melebihi tahap normal, ini bermakna faraj anda mengalami Vaginosis Bakteria (BV) dan bukannya jangkitan kulat. Dalam hal ini, jangan melakukan rawatan OTC untuk jangkitan kulat faraj kerana rawatan berkenaan tidak akan merawat BV sama sekali. Anda hanya perlu berjumpa dengan doktor untuk dianalisa dan rawatan lanjut.
Dalam situasi yang lain, jika pH faraj anda adalah normal atau di bawah tahap normal dan anda sebelumnya anda pernah mengalami jangkitan kulat faraj yang didiagnos oleh doktor, anda boleh mencuba salah satu rawatan OTC untuk jangkitan kulat faraj. Jika rawatan OTC tidak memberikan kesan yang positif, sila berjumpa dengan doktor untuk didiagnosis dan dirawat.