Masalah Keputihan
Masalah keputihan dan jangkitan kuman
“Keputihan’
yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali menimbulkan
kerunsingan dan ketakutan di kalangan wanita-wanita.
Perkara
yang paling ditakuti sekali ialah jangkitan kuman (venereal disease) seperti
siplis dan gonorrhea iaitu penyakit –penyakit yang dijangkitkan menerusi
hubungan seks. Perkara lain yang merunsingkan wanita ialah kemungkinan beliau
mengidap penyakit kanser pada bahagian peranakan. Bagi gadis-gadis yang belum
berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samada mereka mengidap penyakit yang mengancam
kesuburan mereka di masa hadapan kelak.
1. Peranan lendir di dalam faraj
Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Di sebaliknya ia mungkin tanda seperkara yang
biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan
tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir.
Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa
lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan faraj sering
dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan iini boleh
menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan terkeluarnya darah
dari dinding faraj.
Lendir faraj juga mempunyai peranan penting dalam peranan persetubuhan dan pengeluaran
lendir bertambah banyak ketika naik syahwat dan ketika bersetubuh. Dalam
keadaan demikian lendir adalah dikeluarkan oleh kilang-kilang lender yang khusus dan terletak di bibir faraj. Keluaran lendir dari faraj yang berlebihan boleh berlaku di kalangan gadis-gadis yang sedang di alam percintaan
dan gadis-gadis yang tinggi syahwatnya.
Pangkal rahim (cervix) juga mengeluarkan lendir denga tujuan-tujuan tertentu. Lendir pangkal rahim memainkan peranan dalam percantuman di antara benih lelaki (sperm) dan benih perempuan (ovum) di dalam proses persenyawaan.
Lendir ini mempunyai daya untuk membekal makanan dan tenaga kepada benih-benih lelaki untuk beberapa hari dalam keadaan hidup jika sperma terletak di dalam lendir di pangkal rahim (pada kebiasaannya benih lelaki hanya hidup di antara 24-28 jam sahaja). Sifat dan keadaan lender di pangkal rahim berubah dengan pusingan haid oleh sebab terpengaruh dengan perubahan paras hormon.
2. Apakah yang mengawal pengeluaran lendir?
Pengeluaran lendir dari faraj adalah dipengaruhi oleh paras-paras hormon-hormon iaitu estrogen dan progesterone di dalam darah wanita. Hormon-hormon tersebut menambah bilangan kilang-kilang lendir dan membesarkan saluran-salutran kilang tersebut. Kenaikan dalam paras hormon tersebut , menambahkan lagi pengeluaran lendir dari dinding faraj dan pangkal rahim.
Keadaan ini sering kita temui apabila seorang wanita hamil. Ketika kehamilan kandungan hormon-hormon estrogen dan progesteron meningkat naik dan ini seringkali menyebabkan pengeluaran lendir yang berlebihan dari biasa.
Keadaan yang sama seringkali dialami oleh wanita-wanita yang memakan pil perancang keluarga kerana pil tersebut mengandungi kedua jenis hormon etsrogen dan progesteron. Wanita-wanita yang sedang dalam rawatan dengan ubat-ubat hormon oleh sebab penyakit-penyakit yang tertentu seperti endometriosis kadang-kala juga mengalami pengeluaran lendir yang berlebihan.
Keadaan-keadaan tersebut di atas adalah dianggap sebagai fisiologi atau biasa dan tidak perlu
merasa gempar atau bimbang.
Pengeluaran lendir yang berlebihan juga boleh berlaku kerana gangguana jiwa seperti keadaan yang menimbulkan kesedihan atau kegembiraan yang amat sangat. Begitu juga wanita-wanita yang bekerja kuat dan memerlukan tenaga fizikal yang banyak, pengeluaranlendir yang berlebihan juga boleh berlaku.
Sifat lendir yang normal
Pada kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal.
3. Keputihan sebagai tanda penyakit
Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem
peranakan. Di dalam keadaan sedemikian, pada kebiasaannya lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.
4. Jenis-jenis jangkitan kuman
Beberapa jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan saluran fallopian. Sesetengah daripada jangkitan kuamn hanya terhad kepada faraj tanpa melibatkan rahim dan saluran fallopian. Keadaan ini tidak begitu membahayakan. Tetapi apabila jangkitan kuman merebak kepada saluran fallopian di antara perkara-perkara yang akan timbul dalam jangka-masa panjang ialah kemandulan, masalah haid, kesakitan dan lain-lain.
i. Kuman
Kuman akteria jenis E-coli adalah kuman yang sering menjangkiti kemaluan danperkakas peranakan. Kuman-kuman yang lain yang merbahayakan ialah kuman
gonorrhea dan siplis. Kuman yang digelar dengan nama ‘Trichomonas’ sering juga
menjangkiti kemaluan dan menyebabkan pengeluaran lendir yang berwarna kehijauan
dengan disertai gatal-gatal dan bau busuk
ii. Kulat
Kulat yangdigelar dengan nama ‘Monilia’ atau ‘candida’ sering menjangkiti wanita yang
sedang hamil atau mengidap kencing manis.
iii. Virus
Virusseperti ‘herpes’ dan ‘chlamydia’ sering menjangkiti kemaluan dan perkakas
peranakan.
5. Apakah bahaya jangkitan kuman
Diantara-antara penyakit jangkitan kuman terdapat beberapa jenis yang
membahayakan terutama jika ia menyerang saluran fallopian. Ia menyebabkan
kemandulan , kesakitan ketika haid, pendarahan yang banyak selepas persetubuhan.
Kuman yang hanya menyerang faraj dan pangkal rahim kurang merbahaya kerana
masalah-masalah yang ditimbulkan adalah kecil iaitu sakit sewaktu bersetubuh,
pendarahan selepas bersetubuh. Tetapi ia jarang menyebabkan masalah-masalah
yang teruk dan kemandulan.
6. Bagaimana kuman berjangkit?
Wanita-wanita
yang hamil, selepas bersalin , selepas gugur, memakan pil perancang keluarga,
memakai alat dalam rahim seperti IUD dan lepas putus haid mempunyai lebih
risiko untuk dijangkiti kuman.
Kebanyakan
jangkitan kuman adalah hasil dari perhubungan seks.. Oleh itu adalah tidak
memeranjatkan jika penyakit tersebut
lebih sering dihadapi oleh wanita-wanita
pelacur dan mereka yang mengamalkan seks rambang (promiscuity).
Pasangan
lelaki atau suami boleh mengidap penyakit yang sama khususnya ‘gonorrhea walaupun
tidak mengalami apa-apa tanda penyakit tetapi ia hanya menyimpan kuman tersebut
di dalam kemaluannya dan boleh menjadi sumber penularan dari satu mangsa ke
mangsa lain.
ARTIKEL DI ATAS ADALAH DIPETIK DARIPADA SUMBER DR HAMID ARSHAT (PAKAR SAKIT PUAN)
UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH KHUSUS, SILA LAYARI http://www.hamidarshat.com
0 ulasan:
Catat Ulasan