Please Translate For Better Understanding

Memaparkan catatan dengan label keputihan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keputihan. Papar semua catatan

19.11.09

Masalah Kesihatan Wanita

KEPUTIHAN

PUTIH : Lelehan pekat, putih dan tidak menyebabkan kegatalan. Tapi jika sebaliknya itu menandakan jangkitan kulat.
JERNIH : Ia petanda kamu sedang ''subur''.
JERNIH SERTA CAIR : Ia boleh berlaku pada waktu berbeza dalam kitar kesuburan,dan mungkin keluar lebih banyak selepas senaman berat.
KUNING ATAU HIJAU : Ia mungkin petanda jangkitan terutama jika ia pekat dan agak berketul seperti keju,selain berbau busuk.Elok lah berjumpa doktor segera untuk rawatan lanjut..
MERAH KEHITAMAN : Boleh berlaku selepas haid,ia mungkin sisa darah haid.
''SPOTTING''/ LELEHAN MERAH : Ia mungkin berlaku disaat kamu sedang subur,ketika peringkat awal kehamilan,atau ketika kamu sedang dalam haid.Jika ia berlaku sepatutnya kamu haid-tapi ia tidak berlaku,maka kamu sebaiknya menjalani ujian kehamilan.

PERIHAL JANGKITAN KULAT
Hakikatnya setiap wanita sihat ''menyimpan'' sedikit kulat pada sekitar kawasan kemaluan. Begitupun,jika jumlahnya bertambah dari kadar sepatutnya,situasiakan berubah kepada jangkitan. Dan biasanya ia tiada kena mengena dgn si suami.
Antara puncanya termasukklah mengambil ubat antibiotik,hamil,kencing manis atau kesan terlalu panas hingga banyak berpeluh. Petanda jangkitan kulat? Antaranya ialah keputihan pekat,bengkak serta sakit pada sekitar rahim,gatal keterlaluan,dan kesakitan ketika seks berlansung.
Untuk merawatnya doktor akan mengambil contoh sel daripada kemaluan kamu untuk menentukan jenis kuman yang menyerang. Kemudain kamu mungkin akan diberi ubat untuk dimasukkan kedalam salur kemaluan. Ia berfungsi unntuk ''membersihkan '' kawasan terbabit.Tidak pun kamu mungkin akan diberi ubat makan..

JENIS JANGKITAN KULAT
Antara yang sering menyerang wanita muda ialah bacterial vaginosis (BV). Ia berpunca dapipada bakteria Gardenella Vaginalis . Antara tanda nya ialah lelehan kelabu atau kekuningan berbau hanyir yang lebih kuat selepas seks atau bila di basuh dengan sabun. Apapun ia boleh dirawat dengan antibiotik.
Selain itu bengkak pada alat sulit atau Bartholin cyst juga boleh dialami,iaitu bila berlaku pembengkakan setempat pada bahagian bawah bibir kemaluan.Pesakit mungkin tidak perasan kerana saiznya agak kecil. Ia boleh dikawal melalui pembedahan kecil untuk mengeluarkan cecair terkumpul pada kelenjar itu..
Sementara itu,trichomoniasis pula berlaku disebabkan oleh sejenis organisma yang digelar trichomonas vaginalis.Dan kamu boleh dijangkiti jika melakukan seks tanpa perlindungan bersama pasangan yang telah dijangkiti. Masalah ini perlu dirawat menggunakn antibiotik khusus. Selain lelehan kuning atau kekuningan (bagikes lebih serius), jangkitan ini turut menyebabkan bau hanyir dan rasa sakit serta gatal ketika buabg air kecil. Biasanya ketara selepas haid.
Chlamydia dan gonnorhea juga boleh memburukksn masalah keputihan..


Artikel di atas diambil daripada: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1859853-keputihan-normal-atau-abnormal/
Diterbitkan pada: Januari 09, 2009





FARAJ LONGGAR

Faraj terdiri daripada ligamen dan otot. Malangnya banyak faktor yang menyebabkan faraj semakin longgar dan kurang keanjalannya dan menjadikannya tidak bermaya. Kelonggaran faraj tidak membahayakan sistem dalaman badan dan ianya juga bukan penyakit berbahaya tetapi ianya merupakan organ paling utama ketika melakukan hubungan kelamin maka disebabkan kelonggaran faraj akan memberikan impak yang kurang memuaskan kepada kedua dua pihak ketika melakukan hubungan seks.


Antara faktor yang menyebabkan kelonggaran faraj adalah kerana faktor melahirkan anak, terlalu kerap mengadakan hubungan seks dan juga memasukkan objek ke dalam alat kelamin dan sebagainya. Faraj secara beransur ansur akan kehilangan keremajaannya dan keanjalannya mengikut peredaran usia.

Ada banyak kaedah yang digunakan untuk mengetatkan faraj Secara tradisionalnya, masyarakat di Malaysia menggunakan manjakani khususnya setiap kali bersalin. Rasanya amat pahit namun sehingga kini masih ramai yang mengamalkannya sebagai suatu kemestian untuk merapatkan semula faraj selepas kelahiran anak. Namun kini anda tidak perlu lagi bersusah payah mendapatkan manjakani kerana ekstrak manjakani boleh di dapati dan dibotolkan untuk tujuan ini. Bukan itu sahaja, ianya juga dicampurkan dengan mengkudu, madu dan roselle di mana kesemua gabungan herba ini bukan sahaja mampu mengetatkan semula faraj anda namun berupaya mengawal kandungan gula dalam darah, mengawal tekanan darah, sebagai ejen anti oksida, mengawal masalah keputihan dan juga mengatur semula kitaran haid.

Memperkenalkan produk Nona Manja yang dirumUs khas untuk wanita yang mengutamakan keremajaan dalamannya.


4.11.09

Keputihan

false false false MicrosoftInternetExplorer4

Masalah Keputihan

Masalah keputihan dan jangkitan kuman

“Keputihan’

yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali menimbulkan

kerunsingan dan ketakutan di kalangan wanita-wanita.

Perkara

yang paling ditakuti sekali ialah jangkitan kuman (venereal disease) seperti

siplis dan gonorrhea iaitu penyakit –penyakit yang dijangkitkan menerusi

hubungan seks. Perkara lain yang merunsingkan wanita ialah kemungkinan beliau

mengidap penyakit kanser pada bahagian peranakan. Bagi gadis-gadis yang belum

berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samada mereka mengidap penyakit yang mengancam

kesuburan mereka di masa hadapan kelak.

1. Peranan lendir di dalam faraj

Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Di sebaliknya ia mungkin tanda seperkara yang

biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan

tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir.

Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa

lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan faraj sering

dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan iini boleh

menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan terkeluarnya darah

dari dinding faraj.

Lendir faraj juga mempunyai peranan penting dalam peranan persetubuhan dan pengeluaran

lendir bertambah banyak ketika naik syahwat dan ketika bersetubuh. Dalam

keadaan demikian lendir adalah dikeluarkan oleh kilang-kilang lender yang khusus dan terletak di bibir faraj. Keluaran lendir dari faraj yang berlebihan boleh berlaku di kalangan gadis-gadis yang sedang di alam percintaan

dan gadis-gadis yang tinggi syahwatnya.

Pangkal rahim (cervix) juga mengeluarkan lendir denga tujuan-tujuan tertentu. Lendir pangkal rahim memainkan peranan dalam percantuman di antara benih lelaki (sperm) dan benih perempuan (ovum) di dalam proses persenyawaan.

Lendir ini mempunyai daya untuk membekal makanan dan tenaga kepada benih-benih lelaki untuk beberapa hari dalam keadaan hidup jika sperma terletak di dalam lendir di pangkal rahim (pada kebiasaannya benih lelaki hanya hidup di antara 24-28 jam sahaja). Sifat dan keadaan lender di pangkal rahim berubah dengan pusingan haid oleh sebab terpengaruh dengan perubahan paras hormon.

2. Apakah yang mengawal pengeluaran lendir?

Pengeluaran lendir dari faraj adalah dipengaruhi oleh paras-paras hormon-hormon iaitu estrogen dan progesterone di dalam darah wanita. Hormon-hormon tersebut menambah bilangan kilang-kilang lendir dan membesarkan saluran-salutran kilang tersebut. Kenaikan dalam paras hormon tersebut , menambahkan lagi pengeluaran lendir dari dinding faraj dan pangkal rahim.

Keadaan ini sering kita temui apabila seorang wanita hamil. Ketika kehamilan kandungan hormon-hormon estrogen dan progesteron meningkat naik dan ini seringkali menyebabkan pengeluaran lendir yang berlebihan dari biasa.

Keadaan yang sama seringkali dialami oleh wanita-wanita yang memakan pil perancang keluarga kerana pil tersebut mengandungi kedua jenis hormon etsrogen dan progesteron. Wanita-wanita yang sedang dalam rawatan dengan ubat-ubat hormon oleh sebab penyakit-penyakit yang tertentu seperti endometriosis kadang-kala juga mengalami pengeluaran lendir yang berlebihan.

Keadaan-keadaan tersebut di atas adalah dianggap sebagai fisiologi atau biasa dan tidak perlu

merasa gempar atau bimbang.

Pengeluaran lendir yang berlebihan juga boleh berlaku kerana gangguana jiwa seperti keadaan yang menimbulkan kesedihan atau kegembiraan yang amat sangat. Begitu juga wanita-wanita yang bekerja kuat dan memerlukan tenaga fizikal yang banyak, pengeluaranlendir yang berlebihan juga boleh berlaku.

Sifat lendir yang normal

Pada kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal.

3. Keputihan sebagai tanda penyakit

Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem

peranakan. Di dalam keadaan sedemikian, pada kebiasaannya lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.

4. Jenis-jenis jangkitan kuman

Beberapa jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan saluran fallopian. Sesetengah daripada jangkitan kuamn hanya terhad kepada faraj tanpa melibatkan rahim dan saluran fallopian. Keadaan ini tidak begitu membahayakan. Tetapi apabila jangkitan kuman merebak kepada saluran fallopian di antara perkara-perkara yang akan timbul dalam jangka-masa panjang ialah kemandulan, masalah haid, kesakitan dan lain-lain.

i. Kuman

Kuman akteria jenis E-coli adalah kuman yang sering menjangkiti kemaluan danperkakas peranakan. Kuman-kuman yang lain yang merbahayakan ialah kuman

gonorrhea dan siplis. Kuman yang digelar dengan nama ‘Trichomonas’ sering juga

menjangkiti kemaluan dan menyebabkan pengeluaran lendir yang berwarna kehijauan

dengan disertai gatal-gatal dan bau busuk

ii. Kulat

Kulat yangdigelar dengan nama ‘Monilia’ atau ‘candida’ sering menjangkiti wanita yang

sedang hamil atau mengidap kencing manis.

iii. Virus

Virusseperti ‘herpes’ dan ‘chlamydia’ sering menjangkiti kemaluan dan perkakas

peranakan.

5. Apakah bahaya jangkitan kuman

Diantara-antara penyakit jangkitan kuman terdapat beberapa jenis yang

membahayakan terutama jika ia menyerang saluran fallopian. Ia menyebabkan

kemandulan , kesakitan ketika haid, pendarahan yang banyak selepas persetubuhan.

Kuman yang hanya menyerang faraj dan pangkal rahim kurang merbahaya kerana

masalah-masalah yang ditimbulkan adalah kecil iaitu sakit sewaktu bersetubuh,

pendarahan selepas bersetubuh. Tetapi ia jarang menyebabkan masalah-masalah

yang teruk dan kemandulan.

6. Bagaimana kuman berjangkit?

Wanita-wanita

yang hamil, selepas bersalin , selepas gugur, memakan pil perancang keluarga,

memakai alat dalam rahim seperti IUD dan lepas putus haid mempunyai lebih

risiko untuk dijangkiti kuman.

Kebanyakan

jangkitan kuman adalah hasil dari perhubungan seks.. Oleh itu adalah tidak

memeranjatkan jika penyakit tersebut

lebih sering dihadapi oleh wanita-wanita

pelacur dan mereka yang mengamalkan seks rambang (promiscuity).

Pasangan

lelaki atau suami boleh mengidap penyakit yang sama khususnya ‘gonorrhea walaupun

tidak mengalami apa-apa tanda penyakit tetapi ia hanya menyimpan kuman tersebut

di dalam kemaluannya dan boleh menjadi sumber penularan dari satu mangsa ke

mangsa lain.




ARTIKEL DI ATAS ADALAH DIPETIK DARIPADA SUMBER DR HAMID ARSHAT (PAKAR SAKIT PUAN)

UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH KHUSUS, SILA LAYARI http://www.hamidarshat.com